Thursday

PROFIL PERIBADI

Nama Penuh : BAHARI BIN MUSTAFA (No. KP : 590423-10-5967)
Alamat : Lot 3363, Batu 7 1/2 Jalan Kapar, 42200 Kapar, Klang, Selangor D.E.
Telefon : 019-6636355 @ 016-3236355 @ 03-32912688

Berasal dari keluarga nelayan tradisional dan merupakan anak ke-5 dari 14 orang adik beradik. Mendapat pendidikan setakat Darjah 6, Sekolah Kebangsaan Sementa Klang, Selangor.

Telah mendirikan rumahtangga pada 1982 dengan Norzaini Bt Bustambi dan dikurniakan 7 orang cahaya mata iaitu Saiful, Sumiwati, Sabariah, Suzikar, Saidi dan Safid Adli.

Sentiasa bersemangat dan bercita-cita untuk maju sebagai nelayan moden yang setanding dengan nelayan moden di Norway, Jepun, China, Taiwan dan sebagainya.

Konsisten dan berpegang kepada prinsip jati diri 'kejujuran dan ketabahan' juga pemangkinnya iaitu 'ilmu dan keyakinan'.

Merupakan generasi ke-3 sebagai nelayan yang mengusahakan Projek Belacan Asli.

Profesion sebagai nelayan bermula seawal usia 13 tahun, setelah tamat sekolah darjah 6.

Dengan berjalan kaki ke pengkalan serta berdayung sampan ke laut, karier sebagai nelayan dimulakan pada 1972 dengan niat membantu ibu bapa menyara keluarga.

Sering mengikuti kursus-kursus dan bimbingan yang dianjurkan oleh Persatuan Nelayan, LKIM, Jabatan Perikanan dan sebagainya.

Secara serius, Projek Belacan Asli bermula pada tahun 1990 juga pada masa yang sama mengeluarkan produk laut yang lain seperti siput sedut, ikan masin dan keropok.

Pada peringkat awal, produk belacan yang dikeluarkan adalah sebanyak 50 kg hingga 100 kg sebulan. Pada masa ini, pengeluaran telah meningkat sehingga 3000 kag sebulan. Produk ini dipasarkan sendiri di sekitar Lembah Klang selain dipasarkan melalui pemborong ke Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Sarawak.

Dengan menggajikan seramai 9 orang pekerja, pendapatan purata bersih mampu mencapai sehingga RM15,000.00 sebulan.

Pada awal 2008, langkah baru dimulakan iaitu mengetuai sekumpulan 21 orang ahli Persatuan Nelayan Pengkalan Zon Sementa, menyahut cabaran Projek Kebun Kerang Selangor (Lot 8, 9 & 10) Daerah Klang, dibawah bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Selangor.

Wednesday

PENCAPAIAN PERIBADI

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang dari tahun 1987 hingga sekarang.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Negeri Selangor dari tahun 1992 hingga sekarang.

Perwakilan NIKMAT Kebangsaan dari tahun 1998 hingga sekarang.

Konteks Nelayan kepada Jabatan Perikanan Negeri Selangor dari tahun 1987 hingga sekarang.

Terpilih di dalam Projek Anak Angkat LKIM khusus untuk produk belacan dari tahun 2005 hingga sekarang.

Penerima Anugerah Nelayan jaya Negeri Selangor pada tahun 2000.

Mewakili Daerah Klang dan Negeri Selangor ke Pameran Produk Halal 2007 di MITC, Ayer Keroh Melaka pada tahun 2007.

Juara Produk Belacan sempena Hari Peladang peringkat Negeri Selangor pada tahun 2008.

SIJIL SIJIL BERKAITAN

ARKIB FOTOGRAFI